Raja Thailand bijak mengawal kuasa agar tidak jatuh kepada penjahat politik atau penjajah

Video ini mendedahkan bagaimana siam atau Thailand melaluinya?

Dunia telah membuktikan, sistem demokrasi yang dikuasai penjahat politik boleh melemah dan meruntuhkan sistem monarki. Bukannya rakyat atau penjajahan dari luar!

Peranan ahli politik jahat yang bersifat mengampu dengan licik memperdayakan sistem beraja!

Raja dan rakyat ditakdirkan oleh Allah swt.

Ahli politik jahat membina kuasa dan kekayaan dengan merosakan apa yang ada untuk  keuntungan jangka pendek kerana politik jarang kekal sebagai legasi berbanding dinasti raja yang memerintah!

Mana-mana raja yg pilih jalan mudah untuk bersekongkol dengan ahli politik perasuah dan pencuri harta negara telah melakukan kesilapan besar!

Thailand sebuah institusi raja yang terkuat di dunia dan tidak pernah dijajah mana-mana kuasa dunia tidak pernah berdepan dengan ancaman politik yang boleh menjejaskan masa depannya.

Kebijakan raja, menyebabkan Siam yang dikenali sebagai Thailand  bebas dari penjajahan. 
Satu satunya rantau Asia yang tidak dijajah mana-mana kuasa asing! 
Hatta  Arab Saudi yang menjadi bumi yang mulia  umat Islam yang menempatkan kaabah juga dipengaruhi barat via pembentukan dinasti Raja Arab Saudi.

Mereka ikut aliran dengan mendahului, tidak berpihak dan merancang dengan baik!

Walaupun kerajaan Thailand berfungsi melalui sistem demokrasi, raja kekal di dalam  perlembagaan yang ada kuasa dan undang-undang khusus & sangat dilindungi.

Selepas "revolusi demokratik" pada tahun 1932 yang dipimpin oleh Birokrat Barat dan tentera yang berorientasikan tradisi, negara itu secara rasmi menjadikan raja berperlembagaan dengan perdana menteri sebagai ketua pemerintah. 

Perlembagaan bertulis pertama dikeluarkan.

Politik menjadi arena pertempuran antara puak elit, birokrat, jeneral lama dan baru.
Rampasan kuasa berlaku dari semasa ke semasa, sering menjadikan negara ini di bawah pemerintahan junta yang berlainan.

Thaksin, Perdana Menteri Thailand digulingkan oleh kudeta tentera pada tahun 2006, telah dibebaskan dalam tahun yang sama. Dia melarikan diri pada tahun 2008 dari hukuman penjara kerana sabitannya di dalam konflik kepentingan dan sejak itu ia menjadi sasaran proses undang-undang yang menurutnya bermotifkan politik.

Kira-kira dua dozen eksekutif bank dan syarikat menerima hukuman penjara pada tahun 2015 kerana pinjaman bank tidak sah kepada syarikat anak Thaksin, Krisdamahanakorn berada dalam keadaan tertekan pada waktu itu karena kelebihan pinjaman tidak tertanggung sehingga tidak memenuhi syarat untuk pinjaman baru.

Mahkamah mengatakan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi untuk membuktikan bahawa Panthongthae mengetahui sumber wang yang mungkin dicemari dari unsur salahlaku.

Dikatakan bahawa pendakwa raya hanya membuktikan bahawa Panthongtae adalah anak lelaki Thaksin dan sangat dekat dengan pemilik Krisdamahanakorn, 

Sejak Thaksin digulingkan pada tahun 2006, telah terjadi perebutan kuasa yang sering berlaku antara penyokong dan lawannya yang menuduh jutawan popular itu menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Para penyokong Thaksin mengatakan bahawa pertubuhan tradisional Thailand (parti lawan) takut kehilangan kuasa kerana popularitinya. Manakala mahkamah telah berusaha keras untuk menghancurkan jentera politiknya.

Parti Pheu Thai yang berafiliasi kepada Thaksin memenangi jumlah kerusi Dewan Parlimen terbanyak dalam pilihan raya tetapi menduduki tempat kedua selepas parti Palang Pracharath yang disokong oleh tentera, yang mendahului suara popular dan membentuk kerajaan gabungan.

Pengkritik mendakwa, tuduhan ke atas Thaksin cacat kerana undang-undang yang dibentuk oleh junta yang memerintah negara itu setelah rampasan kuasa 2014 ke atas pemerintahan yang dibentuk semula adik perempuan Thaksin, Yingluck Shinawatra yang memenangi pilihanraya. 

Yingluck Shinawatra adik kepada Thaksin Sinawatra bekas PM Thailand dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Keputusan bersalah dijatuhkan secara tidak hadir, sebulan setelah dia melarikan diri dari negara dalam kes berkaitan dengan skim subsidi beras yang kehilangan wang.

Mahkamah tertinggi Thailand telah mendapati bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra bersalah kerana kecuaian.

Yingluck, yang digulingkan pada tahun 2014 oleh jeneral tentera sehingga kini masih menguasai kerajaan, telah menolak tuduhan yang berkaitan dengan skim subsidi beras.

Yingluck Shinawatra dipercayai melarikan diri ke Kemboja dan diterbangkan melalui Singapura ke Dubai. 

Thaksin yang menjadi PM yang ke 23 (selama 5 tahun 222 hari/tidak sampai 2 penggal) dan Yingluck yang menjadi PM yang ke 28 (selama 2 tahun dan 275 hari) selang 8 tahun kemudiannya. 

Sejarah Thailand mencatatkan dua beradik berketurunan cina berjaya menjadi Perdana Menteri.

Sehingga 22 Mei 2014, politik Thailand tetap berjalan di dalam kerangka raja berperlembagaan, di mana perdana menteri adalah ketua pentadbiran dan raja turun-temurun adalah ketua negara. 

Badan kehakiman masih bebas daripada gangguan eksekutif politik di Thailand sebelumnya.

Berikutan rampasan kuasa pada 22 Mei 2014 yang mencabut perlembagaan 2007, sebuah organisasi ketenteraan yang dinamakan National Council for Peace and Order (NCPO) telah mengambil alih pentadbiran Thailand.

Ketua NCPO menghapuskan dewan nasional dan memikul tanggungjawab cabang perundangan. 

Di bawah undang-undang militer yang diperlakukan di seluruh negara, pengadilan militer ditugaskan untuk bertanggung jawab ke atas beberapa kes yang biasanya di bawah pengadilan sivil. 

Sistem pengadilan, termasuk Mahkamah Perlembagaan masih ujud, cuma parlimen yang tidak berfungsi. Pengganti Yinluck cuma dapat bertahan selama 15 hari sebagai Perdana Menteri sebelum pemerintahan diambil alih oleh Perdana Menteri dari kalangan tentera sehingga kini lebih 7 tahun.


Menurut rekod Thanom Kittikachom adalah Perdana Menteri dari kalangan diktator tentera yang mentadbir paling lama iaitu 9 tahun, 309 hari yang dijatuhkan melalui demontrasi rakyat yang mengembalikan demokrasi di Thailand.
NCPO dibubarkan secara rasmi setelah kabinet baru mengangkat sumpah  pada 16 Julai 2019. 

Kerajaan Thailand tetap berada di bawah pemerintahan raja yang mutlak.
Rampasan kuasa kudeta telah berjaya beberapa kali sebelum demokrasi diaktifkan semula. Namun kini ianya berbeza.

Setiap kali kudeta, rejim tentera akan membatalkan konstitusi politik yang ada dan memberlakukan penempatan pentadbiran sementara. 

Kebiasaannya rundingan antara ahli politik, birokrat, penjual pengaruh, Pemimpin Korporat dan Pegawai Tentera sering menjadi pendorong di dalam pemulihan kestabilan, sementara politik kembali pulih sepenuhnya.

The Economist Intelligence Unit menilai Thailand sebagai "demokrasi yang cacat" pada tahun 2019"

Demokrasi dan monarki di Thailand sangat unik. Walaupun dunia menafsirkan ciri-ciri demokrasi Thailand sebegitu, semuanya sedar, bagaimana kebijakan Raja Siam yang mengambil pendekatan demokrasi ala barat tetapi tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaan dan pengaruh monarki kepada negara.

Thailand tetap maju dan mempunyai kepentingannya sendiri dengan dasar pintu terbuka tetapi bukan pengaruh yang boleh melemahkan mereka.

Dengan latar dan keperibadian Raja Thailand yang terkini, dia sangat diketahui sering mengabaikan negara dengan kehidupan peribadi, ia boleh membahayakan sistem beraja Thailand.

Raja Thailand masih berharap sokongan padu tentera dan bukannya orang politik.

King Maha Vajiralongkorn yang diketahui seorang playboy, suka untuk berseronok dan berpoya2 di mana kebanyakkan masanya dihabiskan di Jerman  dengan perbelanjaan mewah yang membazir tanpa sedar ia sedang merisikokan konstitusinya sendiri.

Rakyat telah berani mengkritik raja mereka walaupun berdepan hukuman yang keras!

Raja Thailand sedar, seperti kebiasaannya dia tidak boleh memberikan kuasa terlalu lama kepada tentera  berkuasa.

Perlahan-lahan raja Thailand berlembut dengan rakyat yang mengkritiknya. Ada rakyat yang diampunkan dari sebarang tindakan.

Begitulah kebijakan raja Thailand memainkan peranan di masa yang lepas. Seimbangkan kuasa rakyat melalui politik dan kekuasaan tentera!

Walaupun Thailand gagal dijajah, sistem politik dunia tanpa sedar telah mempengaruhi rakyat mereka.

Ini tetap merbahaya untuk masa depan Thailand. 

Sistem korup orang politik setakat ini  masih berjaya ditangani dengan sokongan padu pihak tentera yang dilihat masih setia kepada rajanya!

Sistem demokrasi boleh memecahkan dominasi raja dan rakyat. 

Yang kaya bukan lagi raja semata, tetapi ahli politik yang berkuasa. Raja Thailand yang kayaraya tidak perlu disogok dengan kebendaan kerana Kingdom of Thailand adalah Raja yang terkaya di dunia.

Kelicikan ahli politik dan kelemahan  rajanya pada masa kini mungkin boleh merubah Thailand di masa depan.

Pada masa lepas, kekuasaan tentera yang sering melakukan kudeta dengan restu Raja Thailand menjadikan sepanjang 89 tahun, Thailand mempunyai 29 orang Perdana Menteri dengan purata 3 tahun perkhidmatan  atau majoritinya gagal menamatkan perkhidmatan sepanjang penggal pilihanraya.

Ada Perdana Menteri yang cuma memegang kuasa hanya beberapa beberapa hari ke beberapa bulan selain di dahului kudeta tentera sebanyak 13 kali berbanding bilangan Perdana Menteri Thailand yang berjumlah 29 orang.

Kesimpulannya ahli politik jahat lebih merbahaya berbanding penjajah sehingga ia boleh  merosakan seluruh sistem beraja di kebanyakan negara di dunia ini.

Namun Raja Thailand sering mendahului orang politik agar tidak berakar umbi.
Sistem Thailand yang mempunyai Raja yang tunggal untuk satu negara memudahkan kawalan ke atas apa-apa yang boleh mengancam sistem monarkinya.

Raja yang kaya dalam kelompok terhad. Orang politik kaya, senarainya sangat panjang. Kekayaan raja-raja tidak merosakkan negara, tetapi kekayaan orang politik yang tidak terkawal boleh meruntuhkan sebuah negara kerana amalan jahat seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya.

Raja yang berjaya mengawal rakyat dan orang politik adalah raja yang berjaya. Raja yang gagal adalah raja yang tunduk kepada orang politik yang boleh merasuah atau berbahagi harta negara sesama mereka. 

Hakikatnya raja yang memiliki negeri dan negara sebagai dinasti, tetapi orang politik boleh datang dan pergi.

Thailand bijak melakukannya. Rakyat Thailand dan dunia luar sudah terbiasa dengan situasai politik dan kudeta. Ekonomi tetap bergerak, negara terkawal dan paling penting rakyat dan negaranya sendiri gagal dipengaruhi dan dikuasai anasir luar.

Tentera gagal menguasai negara selamanya kerana adanya parti politik yang dikuasai rakyat sebagai check and balance. Orang politik pula tidak sempat berakar umbi.

Jadi, tidak menghairankan kenapa Thailand gagal dijajah! Rajanya yang bijak tetap kekal selamat dan terus berkuasa!


 

Ulasan

Catatan Popular