Kejatuhan Muamar Ghaddafi yang memilih untuk menjadi seorang Presiden bukannya seorang Raja berakhir sebagaimana ianya bermula.

 

Muaamar Gaddafi yang menjadi pemimpin revolusi melakukan rampasan kuasa dengan menjatuhkan Kesultanan terakhir Libya, Sultan Idris pada tahun 1969 tanpa pertumpahan darah seperti turunnya takhta Khalifah Otmaniah Turki yang terakhir. Gaddafi mengasaskan negara Republik Sosialis Arab Libya.

Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berperbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.

Raja Idris adalah kesultanan yang paling singkat berkuasa bagi sebuah negara. Takhtanya jatuh selepas 14 tahun. Selepas itu Libya menjadi Republik yang diketuai Presiden Muaamar Gaddafi.

 Muaamar Gaddafi dapat memerintah dengan adil dan memabawa kemakmuran kepada rakyatnya di samping membantu golongan kiri antarabangsa dan negara lain khususnya Afrika.

Kesilapan diplomasi Gaddafi kerana masih terbawa imej pejuang sedangkan beliau sangat berjaya mentadbir Libya dan rakyatnya.

Legasi Gaddafi tiada pengganti. Ini kerana dia adalah presiden bukannya seorang yang ditabalkan menjadi raja yang boleh menurunkan takhta.

Tempoh 42 tahun pemerintahan seorang Presiden boleh dianggap sangat lama tetapi tidak kepada seorang sultan.

Sepanjang pemerintahannya Gaddafi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70'an dahulu.

Sokongan dana dan diplomatik diberikan pada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Tentera Merah Jepun, Tentera Republik Rakyat Ireland (IRA) dari Ireland Utara, Euskadi Ta Askatasuna (ETA) dari Sepanyol, termasuk menyokong dan memberi dana kepada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Mindano.

Dalam masa yang sama, demokrasi amat sempit di Libya. Gaddafi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gaddafi naik tahta kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun 70 dahulu.

Ketika itu Gaddafi sedang menjual agama dengan "Buku Hijau" karangannya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao ada "Buku Merah".

Buku Hijau

Kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Merek seolah emiliki kecetekan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.

Ini berlaku lebih 30 tahun dahulu Ketika rantau ini angun menyokong perjuangan rakyat Vietnam dari belenggu penjajahan barat. Kita menyokong pejungan rakyat Kemboja. Kita anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestin dan warga Afrika Selatan.

Ketika itu anak muda seluruh dunia bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.

Tiada cara untuk menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman, sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealogi kiri seperti di Russia dan China; atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan; atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel.

Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.

Pandangan siasah perlu diluaskan agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijau atau melalui Libya tanpa pilihan raya.

Libya ialah anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) - negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya.

Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir, atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin - sudah pasti warga Libya hidup lumayan.

Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.

Sebagai anggota OPEC, kelihatan Libya bawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia.

Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepalai Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah.

Amat jelas raja Saudi budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga makam Nabi. Dasar Saudi yang pro- Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gaddafi.

Di alam politik antarabangsa Gadaffi ialah sosok antiimperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70-an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini.

Kerana anti imperialis ini, Gadaffi ialah ‘ budak jahat' dalam kitab rujukan Rumah Putih. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil kerana semua syarikat ini dikekang masuk menjarah minyak di Libya.

Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa, Gaddafi membuat beberapa kesalahan.

Kesalahan-kesalahan inilah yang membuatkan bala tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menyerang Libya dan membunuh Gadaffi.

3 'kesalahan' kolonel Gadaffi 

Pertama:

Gaddafi mengeluarkan dana lebih dari AS$300 juta untuk membuat sistem satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat Eropah.

Saban tahun, sebelum adanya sistem satelit Afrika ini, negara Afrika terpaksa membayar AS$500 juta harga sewaan setahun. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap pendapatan sebanyak AS$500 juta setahun.

Kedua:

Gadaffi merancang untuk menubuhkan Tabung Kewangan Afrika (AMF). Lembaga AFM ini berperanan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) - meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan.

Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua itu.

Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Bank Pusat Afrika yang beribu pejabat di Abuja, Nigeria.

Ini bererti, nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau euro. Dengan wujudnya bank pusat ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.

Gadaffi juga akan mewujudkan Bank Pelaburan Afrika yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini untuk mencari modal dan melabur di negara-negara Afrika. Semua lembaga kewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011.

Semua perancangan berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditandatangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.

Ketiga:

Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afrika bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran percuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal.

Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkuranganlah pengaruh pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau emperor seperti Bokasa.

Kenapa anak muda melawan Gaddafi?

Melalui Kolonel Gadaffi, Kesatuan Afrika menjadi organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak, Gadaffi menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika.

Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai sesuatu yang bahaya, sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri, maka kaum pemodal antrabangsa akan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.

Tiga pekara yang dilakukan oleh Gadaffi ini dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antarabangsa. Semua ini jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika.

Jelas, ia bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gaddafi seorang sosialis. Tidak. Apa yang Gaddafi lakukan secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman pemodal antarabangsa.

CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu . Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini.

Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan warga Libya bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?

Sila selidiki semua media dunia, adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gaddafi seperti di Dataran Tahrir?

Tidak pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemonstrasi seperti perhimpunan BERSIH pada 7 Julai dahulu? Atau pernahkah ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemonstrasi dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi?

Tidak.

Imej ribuan anak muda Libya berdemonstrasi ini tidak wujud kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gaddafi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya.

Perang saudara Libya 2011 ialah konflik bersenjata yang berlangsung di negara Libya antara pihak yang cuba menggulingkan Muammar Gaddafi lalu mengadakan pilihan raya demokratik dan angkatan pro-Gaddafi.

 Situasi ini bermula dengan tunjuk perasaan damai yang cuba ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi sejak 15 Februari 2011. Seminggu kemudian, pemberontakan ini telah merebak ke merata negara dan Gaddafi bergelut untuk mempertahankan penguasaannya.

Gaddafi dituduh membalasnya dengan kekuatan tentera dan langkah-langkah lain seperti penapisan akhbar dan penyekatan komunikasi.

Kemudian, keadaan ini bertukar menjadi konflik bersenjata, apabila pihak pemberontak membentuk sebuah gabungan bergelar Majlis Peralihan Kebangsaan yang bertapak di Benghazi. Mahkamah Jenayah Antarabangsa memberi Gaddafi amaran bahawa beliau dan ahli-ahli kerajaannya mungkin telah melakukan jenayah kemanusiaan.

 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan satu resolusi untuk membeku aset-aset Gaddaffi dan 10 orang sekutunya serta menyekat kebebasan perantauan mereka. Resolusi itu juga merujukkan tindakan-tindakan pemerintahan Gaddafi kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat.

Pada awal Mac, angkatan Gaddafi berarak ke arah timur dan menawan semula beberapa kota pinggir pantai sebelum menyerang Benghazi. Satu lagi resolusi PBB membenarkan negara-negara anggotanya untuk menetapkan dan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya. Kerajaan Gaddafi kemudiannya mengumumkan gencatan senjata, tetapi gagal mematuhinya sendiri.

Asakan pemberontak, askar upahan dan Nato telah menghabiskan nyawa Gaddafi sendiri. Melihat kepada photo ini ia bukan memaparkan anak muda, tetapi lebih kepada mereka yang professional.

Muammar al-Gaddafi memerintah negara Libya selaku "Ketua dan Pemandu Revolusi" semenjak menggulingkan sistem beraja pada tahun 1969.

Ekoran pesaraan Fidel Castro pada tahun 2008, kejatuhan Presiden Venezuela dan kematian Omar Bongo pada tahun 2009, nasib Gaddafi terpinggir. Tiada yang berani mencampuri dan membantu Libya yang disepakati Nato dengan restu PBB.

Gaddafi ialah ketua negara yang bukan raja antara yang paling lama memerintah di dunia.


Nasib anak lelaki ke 3 Muaamar Gaddafi tidak dapat dipastikan. 
Dia yang pada mulanya mendapat suaka politik di Niger  dihantar pulang dan berdepan suasana tidak menentu. 

Nasibnya tidak diketahui tetapi  diandaikan masih berada di dalam penjara di Libya.

Penipuan antarabangsa telah meruntuhkan Libya yang sehingga kini masih lagi terlibat dengan peperangan saudara semakin dilupakan begitu saja oleh masyarakat dunia.

Ulasan

Catatan Popular